Pasrah bukan lemah
Mengalah bukan kalah
Hidup masih berliku
Abaikan yang tidak perlu
Hati kita yang bahagia
Biarlah mereka mencari cela
-
Mata melihat
Telinga mendengar
Tiada kudrat
Untukku tahan sabar-
Wahai jiwa yang resah
Bangkitlah jangan menyerah
Berkali-kali hati patah
Semangat tetap gagah-
Saat sukar
Hidup serba tawar
Saat sedih
Dada terhimpit pedih
Saat keliru
Fikiran tak menentu
Saat marah
Tiada yang indah
Saat kehilangan
Yang tinggal hanya kenangan
-
Genggam dunia dan raihlah segala amal kebaikan
Dakap akhirat dan rayulah rahmat berpanjangan
daripada Tuhan
-
Tiada pasangan... Allah bagi suami atau isteri sebagai teman
Tiada keluarga... Allah bagi zuriat penghibur jiwa
Tiada kesempurnaan... Allah tetap bagi kecukupan
Tiada harta... Allah bagi rumah, kereta dan pelbagai nikmat dunia
Lumrah manusia
Suka memikir apa yang tiada
Sedang nikmat terlalu banyak di hadapan mata
Rasa syukur hilang entah ke mana
Kekurangan juga diratib sepanjang masa
Lupa pada ketentuan Yang Maha Esa
Kita hanya berkelana di dunia yang fana
Sentiasa diuji untuk arah ke neraka atau syurgaNya-
Tidak percuma setiap kata
Terlontar yang buruk padahnya dosa
Pahala berganda bila lembut berbicara
-
Kita tidak boleh 'luruskan' orang tapi kita boleh 'luruskan' hati kita...
-
Dalam setiap cerita kehidupan
Raikan kegembiraan
Doakan kebahagiaan
Syukuri kenikmatan
Sering senyuman menutup kepahitan
Keceriaan menutup kelukaan
Ketenangan menutup kegusaran
Keredhaan menutup kepiluan
Bila hati mula membenci
Ingatlah betapa tidak sempurnanya diri
Bila mulut mula mengeji
Ingat juga betapa kita dikata sana sini
Tiada yang sempurna
Kerana kita hanya hamba
-
Nikmat hidup dan mati
Apabila sentiasa dalam rahmat Ilahi-